AFC ialah platform keahlian rasmi Olive House yang menawarkan akses harga ahli, mata ganjaran, dan pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi. AFC dibangunkan untuk membina komuniti Aafiyat serta memudahkan pelanggan menikmati servis yang lebih tersusun dan berkualiti.
Dengan sertai AFC, anda boleh menikmati harga ahli, promosi khas, mengumpul mata ganjaran untuk setiap pembelian dan peluang untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan berbanding pembelian biasa.
AFC sesuai untuk pelanggan yang selalu membeli produk Olive House, mahukan harga lebih berbaloi, atau ingin menjadi sebahagian daripada keahlian rasmi Aafiyat.
Pendaftaran AFC adalah PERCUMA dari 1 Jun 2026 sehingga 31 Disember 2026. Bermula 1 Januari 2027, langganan AFC adalah berbayar. Terdapat 3 pelan untuk menjadi ahli AFC iaitu RM 6.90 (bulanan), RM 18 (3 bulan) dan RM60 (setahun). Sila rujuk page rasmi AFC untuk maklumat terkini.
Antara kelebihan AFC adalah: • Harga ahli setiap kali membeli • Jaminan harga terendah daripada platform jualan lain • Mata ganjaran untuk setiap pembelian • Layak mendapat promosi tambahan khusus hanya utk ahli AFC (mengikut kempen tertentu) • Mendapat notifikasi berkenaan info, tawaran produk dan promosi terkini Olive House • Peluang untuk upgrade sebagai affiliate jika berminat
Tidak. Harga dan mata ganjaran AFC hanya boleh digunapakai melalui pembelian di laman web AFC, pembelian secara terus ke HQ melalui Whatsapp dan melalui ejen rasmi Olive House.
1. Daftar di laman sesawang https://myaafiyat.com/dashboard/membership. 2. Pilih pakej AFC selama mana yg anda perlukan (pakej 1 bulan, 3 bulan atau 1 tahun). 3. Masukkan maklumat pembayaran. 4. Terus membuat bayaran atas talian. 5. Anda boleh membeli terus produk olive house dengan harga istimewa AFC. Jom shopping!!
1. Anda akan menerima email makluman pengesahan langganan. 2. Harga ahli AFC akan terpapar di web AFC dan boleh terus membuat belian melalui akaun login ID AFC anda yang berdaftar sebelum ini. 3. Tiada had pembelian (minimum order atau maksimum kuantiti belian produk dlm tempoh masa anda aktif sebagai ahli AFC)
Ya. Bermula 1 Januari 2027, caj RM6.90 akan dibuat secara automatik setiap bulan sehingga anda membatalkan keahlian.
Ya, boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu menunggu sehingga tempoh pelan semasa tamat terlebih dahulu sebelum membuat pertukaran ke pelan yang lain.
Bergantung kepada kempen. Sesetengah promosi adalah stackable, manakala promosi khas tertentu mungkin mempunyai terma tersendiri.
Pelan AFC ialah langganan bulanan yang diperbaharui secara automatik berdasarkan pakej yang anda pilih semasa kali pertaman melanggan. Langganan pelan AFC boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Tiada kontrak. Tiada caj tersebunyi. Keahlian akan aktif sehingga tarikh bil seterusnya. Untuk pembatalan langganan, anda boleh pergi ke bahagian “Akaun Saya” > “My Orders” dan klik butang “Unsubscribe” pada pelan yang ingin dihentikan. Hubungi 019 – 502 0157 untuk bantuan pembatalan melalui talian khidmat pelanggan kami. Anda boleh melanggan semula pakej AFC pada bila2 masa selepas pembatalan dengan cara sama langganan dibuat melalui https://myaafiyat.com/dashboard/membership.
Anda boleh hubungi team rasmi Aafiyat / Olive House atau PIC yang berkaitan untuk bantuan pendaftaran, login atau pembelian.
NOTA PENTING
Kelebihan eksklusif yang ditawarkan di bawah pelan langganan dapat dinikmati sepanjang tempoh langganan AFC aktif.
Kaedah auto-tolak bayaran akan berlaku setiap 30 hari selepas Tarikh langganan bulan sebelumnya. Sebagai contoh, anda melanggan pada 1 Januari 2026, Tarikh langganan seterusnya adalah pada 31 Januari 2026.